Loading...

Artikel Hartanah

Jual Rumah Dengan Efektif

Jual rumah bukan suatu perkara yang mudah. Ia boleh memberi tekanan. Membuat keputusan, menyediakan urusan-urusan penting sebelum dijual, memastikan rumah dalam keadaan bersih, menunggu pembeli untuk membeli, berurusan dengan tawaran yang datang, urusan-urusan selepas mendapat pembeli dan lain-lain. Semua ini melibatkan tenaga, mental dan fizikal kepada penjual.

Penjualan rumah adalah transaksi wang yang besar melibatkan aspek-aspek penting. Tetapi, percaya atau tidak sebenarnya anda boleh selesaikan dengan baik. Ianya lebih mudah jika anda betul-betul mempunyai motivasi diri sebagai seorang penjual.

 

Menyediakan salinan dokumen seperti ‘perjanjian jualbeli’ atau Sale & Purchase Agreement (SPA) dan lain-lain dokumen

 

Melantik Perunding Hartanah

Bagi memudahkan urusan penjualan, penjual dinasihatkan untuk melantik perunding hartanah berdaftar dari pihak Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia (LPPEH).
Perunding Hartanah dari Kakipersegi.com adalah yang berdaftar di bawah Lembaga tersebut. Hubungi kami untuk mewakili anda dalam penjualan hartanah.

Pemeriksaan hartanah / Inspection

Selepas anda menghubungi kami, Perunding Hartanah akan membuat sesi lawatan ke hartanah atau property yang hendak djual. Semakan dokumen akan dibuat ketika sesi ini.

 

Pemasaran / Marketing

Perunding Hartanah atau kakipersegi.com akan memulakan pasaran penjualan rumah anda secara meluas. 

Lihat bagaimana kakipersegi.com membuat pasaran jualan.

Note* Privasi penjual adalah terjaga dan tidak didedahkan.

 

Menerima Tawaran

Jika pihak perunding hartanah anda menerima sebarang tawaran, mereka akan mewakili anda jika terdapat sebarang bentuk rundingan dari anda sehingga pihak penjual berpuas hati.

 

Menandatangani Perjanjian Jual Beli

Selepas anda meneriwa sebarang tawaran dari pembeli, pihak perunding hartanah akan menguruskan urusan guaman sehingga pihak penguam membuat pertemuan untuk tandatangan perjanjian jualbeli kepada kepada bakal pemilik baru.

Di sini pihak penjual akan menerima wang deposit dari pembeli.

 

Tahniah Rumah Anda Telah Dijual!

One Comment

  1. Pingback:Proses dan Cara-Cara Jual Rumah Di Malaysia - Kakipersegi.com-Perunding Hartanah Berdaftar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *