Loading...

FAQs

FAQ Beli Rumah (8)

Margin loan adalah percentage (%) amount pinjaman bank yang akan diberikan kepada pembeli. Pemberian margin ini bergantung kepada status jumlah pinjaman yang telah dibuat.

Formula margin :

% margin X harga rumah = Jumlah Loan bank

  • Pinjaman rumah pertama : 90% margin
  • Pinjaman rumah kedua : 90% margin
  • Pinjaman rumah ketiga : 70%

Contoh pembelian rumah harga RM 500,000

Margin 90% : RM 500,000 X 90% = RM 450,000

Jumlah pinjaman adalah RM 450,000 sahaja,

Permohonan Rumah mampu milik Selangorku adalah permohonan melalui online. Anda boleh memilih project di platform yang disediakan. Bagi yang belum memilik rumah, Rumah Selagorku adalah pilihan terbaik untuk memulakan . Anda boleh rujuk Laman Selangorku untuk maklumat lanjut.

Pihak KWSP membenarkan pengeluaran akaun 2 untuk kegunaan pembelian atau pembiayaan hartanah. Anda boleh rujuk artikel Beli rumah guna wang KWSP .

Beli rumah dengan ejen hartanah berdaftar sahaja. Atau pastikan agensi hartanah tersebut wujud dan anda boleh membuat semakan nama syarikat agensi itu di laman carian LPPEH.

Tak perlu. Anda perlu bayar ejen hartanah apabila anda ingin menjual rumah anda sahaja.

Yuran guaman adalah mengikut jadual seperti berikut;

HARGA RUMAHYURAN GUAMAN (%)
RM 500,000 pertama1%
RM 500,001-RM 1 Juta0.8%
RM 1 Juta – RM 3 Juta0.7%
RM 3,000,001-RM 5 Juta0.6%
RM 5 Juta ke atas0.5%

Sebagai contoh anda membeli rumah berharga RM 750,000, anda perlu membayar kos seperti berikut ;

(First RM500,000 X 1%) + (Next RM250,000 X 0.8%) 
= RM5,000 + RM2,000 
= RM7,000

Jumlah yang perlu di bayar adalah RM 7,000

Selain kos ini, firma guaman juga akan membuat cas tambahan seperti kos transport, kos carian pejabat tanah, kos printing, service tax dan sebagainya.

Stamp Duty juga akan di masukkan di dalam finale quotation oleh firma guaman.

  1. Booking 3%
  2. Apply pinjaman bank
  3. Selepas loan lulus, Appoint Lawyer untuk mewakili anda
  4. Tanda Tangan perjanjian jual Beli (SPA)
  5. Semasa proses tandatangan, Bawa baki deposit 7% beserta yuran guaman
  6. Lawyer mulakan urusan pindah nama
  7. selepas selesai, Anda akan dipanggil untuk serahan kunci oleh peguam
  8. Masuk rumah baru!

Bergantung kepada jenis rumah yang dibeli. Jika beli rumah Subsale (rumah atas tangan), Maka deposit yang diperlukan ialah 10%*.

Jika rumah baru (developer project), bergantung kepada pakej pemaju, kebanyakan projek menawarkan zero deposit atau low deposit (2-3%).

FAQ Ejen Hartanah (2)

Boleh. Selagi ada agensi hartanah yang menerima ejen yang part-time, maka anda berpeluang. Tak semua offer part time tapi ada. Nak buat part-time ? Mari jadi ejen hartanah part-time.

Anda boleh buat semakan di laman LPPEH untuk carian firma atau carian individu.

Anda hanya perlu dapatkan nombor REN ID dan nama Firma Agensi dari Real Estate Negotiator , selalunya info ini terdapat pada Bisnes kad.

FAQ Jual Rumah (3)

Anda boleh merujuk ejen hartanah untuk memberi pandangan dan gambaran berkenaan market value di kawasan tempat anda tinggal.

Anda boleh isi form ringkas ini untuk semakan harga pasaran.

Standard komisyen atau agency fee as in law is 3% daripada harga jual (belum masuk 6% SST). 6% SST adalah daripada jumlah 3% fee.

Contoh :
Harga Rumah RM 200,000
3% Fee : RM 200,000 x 3% = RM 6,000
6% SST : RM 6,000 x 6% = RM 360
Total Professional Fee : RM 6,360

Depend. Bergantung kepada status hakmilik rumah anda.

STATUS ESTIMATES TIME
Leasehod6 bulan
Freehold4 bulan