Loading...

F.A.Q

Boleh dapatkan khidmat lawyer SPA tak ?

Boleh. Berurusan terus khidmat lawyer SNP / SPA

Berapa lama proses beli rumah ?

Depend. Jika Leasehold (pajakan negeri) est 6 bulan.
Jika Freehold, est 4 bulan

Berapa komisyen ejen saya perlu bayar jika saya nak guna ejen hartanah ?

Standard komisyen atau agency fee as in law, 3% daripada harga jual (belum masuk 6% SST). 6% SST adalah daripada jumlah 3% fee.

Contoh :
Harga Rumah RM 200,000
3% Fee : RM 200,000 x 3% = RM 6,000
6% SST : RM 6,000 x 6% = RM 360
Total Professional Fee : RM 6,360

Macam mana saya nak tahu harga pasaran rumah saya ?

Anda boleh merujuk ejen hartanah untuk memberi pandangan dan gambaran berkenaan market value di kawasan tempat anda tinggal.

Anda boleh isi form ringkas ini untuk semakan harga pasaran.

Saya nak beli rumah, berapa deposit saya perlu keluar ?

Standard practice 10% Deposit.
3% Earnest deposit (Booking)
7% Upon Signing SPA

Namun, Ada sesetengah keadaan anda boleh guna wang KWSP / EPF untuk deposit rumah.

Boleh saya guna EPF untuk bayar deposit rumah ?

Boleh. Haruslah mendapat persetujuan dari pemilik dahulu. Dan pengeluaran berlaku pada akaun 2 sahaja.

Boleh ke jadi ejen hartanah part-time ?

Boleh. Selagi ada agensi hartanah yang menerima ejen yang part-time, maka anda berpeluang. Tak semua offer part time tapi ada. Nak buat part-time ? Mari jadi ejen hartanah part-time.

Berapa lamakah tempoh jual rumah ?

Bergantung kepada dua (2) jenis kategori hakmilik (tenure).
FREEHOLD : Tempoh 4 bulan.
LEASEHOLD : Tempoh 6 bulan.

Berapakah jumlah deposit saya perlu sediakan untuk beli rumah ?

Bergantung kepada jenis rumah yang dibeli. Jika beli rumah Subsale (rumah atas tangan), Maka deposit yang diperlukan ialah 10%*.
Jika rumah baru (developer project), bergantung kepada pakej pemaju, kebanyakan projek menawarkan zero deposit atau low deposit (2-3%).