Loading...

Artikel Hartanah

cara dan proses jual rumah di malaysia-ejen hartanah berdaftar

Cara-Cara dan Proses Jual Rumah Di Malaysia

Macam mana step dan proses jual rumah di Malaysia ?

Umum mengetahui, penjualan rumah adalah salah satu cara untuk mencairkan aset dan menambah aliran tunai
kepada si penjual. Faktor berlakunya penjualan rumah bergantung atas keperluan masing-masing. Namun, berbalik kepada tajuk perbincangan, bagaimana caranya saya nak menjual rumah ? apa proses jual rumah ? apakah keperluan yang saya perlukan ?

Membuat keputusan

Sebelum kita melangkah ke proses penjualan rumah, berbalik kepada soalan pokok, kenapa saya ingin menjual rumah saya ? Keputusan untuk menjual rumah adalah suatu keputusan yang serius dan mungkin keputusan itulah yang paling besar  yang pernah anda buat. Jika di dalam perjanjian jual beli atau terma undang-undang di panggil Sale and Purchase Agreement (SPA) atau lebih popular dengan panggilan SNP akan terdapat nama pemilik rumah bersama pemilik sebelum ini atau developer. Jika di dalam SNP itu terdapat dua nama, maka keputusan untuk menjual rumah mestilah datang dari kedua belah pihak.

 

Melantik perunding hartanah

Melantik ejen hartanah bukanlah suatu perkara baru di Malaysia, ejen hartanah di Malaysia sudah bertapak di era 70’an lagi. Bermulanya sistem ‘orang tengah’ pada ketika itu dilihat makin berkembang sehingga era 80’an,  parlimen meluluskan akta penilai, pentaksir dan ejen-ejen hartanah 1981. Akta ini telah membuktikan bahawa pentingnya ejen hartanah di dalam industri hartanah di Malaysia. Profesion sebagai ejen hartanah kini diiktiraf kerajaan sama seperti akta profesion guaman, jurutera, perubatan dan lain-lain lagi. Akta ini merangkumi kepentingan-kepentingan serta undang-undang bagi melancarkan lagi dalam urusan penjualan dan pembelian hartanah.

Ejen hartanah atau perunding hartanah telah digazetkan di bawah kementerian kewangan Malaysia di mana ianya bernaung di bawah Lembaga Penilai dan Pentaksir Malaysia (LPPEH), melantik ejen hartanah secara langsung anda telah melantik mereka sebagai mewakili anda di dalam urusan penjualan rumah anda.

Apakah tugas ejen hartanah selepas saya melantik mereka ?

Ejen hartanah tujuannya ialah pemudah cara.  Seperti mana anda berjumpa dengan pihak travel ejen untuk menguruskan tiket anda dalam percutian, seperti mana anda berjumpa mekanik untuk menguruskan kereta anda, sepertimana anda berjumpa kontraktor untuk besarkan dapur anda, begitu juga dengan penjualan rumah anda, carilah ejen hartanah yang berdaftar bagi melancarkan proses.

Ejen hartanah mereka terdiri dikalangan orang-orang yang telah mempunyai connection dengan banker mahupun valuer. Menjadi tanggungjawab ejen untuk menyemak berapakah harga yang sesuai atau kita panggil sebagai ‘market value’ rumah anda untuk di pasar kan.

Selepas persetujuan harga oleh anda sebagai penjual, tugas ejen tadi untuk memulakan pasaran. Hampir semua ejen hartanah boleh dikatakan mempunyai jaringan mereka yang tersendiri. Group pelabur hartanah/data pembeli sedia ada/ data penyewa/ group antara agensi-agensi hartanah, pendek kata, dari sudut pasaran itu luas

Selain dari newspaper advertising, internet marketing yang berbayar menjadi ‘kewajipan’ bagi ejen hartanah bagi memasarkan rumah anda. Sebagai contoh akaun Iproperty, anda memerlukan lebih kurang RM 1200 untuk membuka akaun bagi memasarkan rumah anda. Berbaloikah anda dengan jumlah itu hanya untuk memasarkan sebuah rumah anda yang hendak dijual ?

Membawa potensi pembeli ke rumah anda

Di sini antara tugas utama sebagai ejen, mereka akan menguruskan masa pembeli dan masa penjual (jika anda masih tinggal di rumah yang hendak dijual) bagi memastikan kedua-dua belah pihak ada kelapangan waktu yang sesuai untuk ‘viewing appointment’ . Bagi pemilik rumah yang kosong samada sudah pindah atau baru dapat kunci, anda tidak perlu datang setiap kali pembeli yang berhajat untuk tengok rumah tersebut. Bayangkan jika seminggu terdapat 3 orang berlainan hari , dan bayangkan lokasi anda jauh, waktu berkerja dan sebagainya. Semua tersebut melibatkan masa kepada si penjual.

Rundingan

Di sini terletaknya kepakaran perunding hartanah, iaitu berunding Apabila penjual melantik ejen hartanah, maka anda adalah klien bagi pihak ejen tadi, mereka walau macam mana keadaan sekalipun akan melindungi hak dan harga anda. Ejen boleh mengenali pembeli yang serius dan tugas ejen untuk bertindak segera sebelum pembeli itu menuju ke rumah lain.  Jika bersetuju bagi kedua pihak, sekali lagi ejen hartanah akn menguruskan permohonan pinjaman perumahan, merujuk kepada guaman dan lain-lain tugas. Pemilik rumah dari hari mula hingga rumah dijual hanya perlu bersama telefon anda untuk menerima update dari ejen anda dan rumah anda dijual!

Berapa saya perlu bayar ejen hartanah ?

Kembali semula kepada awal penulisan tadi, Ejen hartanah di selia di bawah LPPEH dan setiap yang berkaitan yuran profesion kepada ejen telah pun digazetkan supaya ianya selaras dan standard. Urusan penjualan rumah yuran profesion adalah di bayar oleh penjual dan bukan pembeli. Pekeliling oleh LPPEH 2009 setiap transaksi yuran profesion adalah 3% dari harga jualan.

Kaedah dan Cara-Cara Proses Jual Rumah Di Malaysia.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *