
Kita sering dengar kerjaya ejen hartanah, namun apakah cara jadi Ejen Hartanah ?
Posting ini lebih kepada informasi asas berkenaan siapa itu ejen hartanah, cara nak jadi ejen hartanah dan lain-lain. Berikut saya list kan topik kandungan posting ini untuk mereka yang nak terus kepada topik tertentu :
- Siapa Ejen Hartanah ?
- Apa syarat untuk jadi ejen hartanah ?
- Boleh jadi ejen hartanah part-time ?
- Macam mana nak mulakan kerjaya sebagai Ejen Hartanah ?
- Apa persedian yang perlu dibuat untuk jadi Ejen Hartanah ?
- Apa kelebihan jadi ejen hartanah ?
- Apa risiko jadi ejen hartanah ?
- Macam mana nak berjaya sebagai ejen hartanah ?
- Kesimpulan
Siapa Ejen Hartanah ?
Ejen Hartanah adalah satu legal term didalam industri hartanah Malaysia iaitu mereka yang memiliki lesen ejen hartanah yang dikeluarkan oleh Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia (LPPEH).
Siapa Perunding Hartanah ? Apa beza dengan Ejen Hartanah ?
Istilah ini agak mengelirukan apabila term Ejen Hartanah di dalam undang-undang LPPEH mereka adalah pihak yang mempunyai lesen agensi harta tanah sahaja. Berkenaan lesen ini saya akan ceritakan kemudian. Pendek kata mereka adalah owner kepada syarikat agensi hartanah.
Manakala Perunding Hartanah pula, dari segi legal term adalah Real Estate Negotiator (REN), mereka adalah jurujual yang berdaftar dengan syarikat hartanah sebagai wakil jualan hartanah. Oleh kerana orang Malaysia keliru dengan term perunding, rata-rata akan gunakan ‘generic term‘ iaitu ‘Ejen Hartanah’.
Oleh kerana orang awam lebih faham dan lebih mudah untuk menyebut perkataan ‘Ejen’ sepertimana ejen insurance, ejen travel, maka penggunaan ejen hartanah lebih popular berbanding perunding hartanah, walaupun hakikatnya ejen hartanah adalah term untuk pemilik agensi sahaja. Artikel ini saya akan gunakan generic term iaitu ejen hartanah sebagai wakil jualan hartanah untuk mudah difahami.
So far so good ? kalau tak faham dont worry, baca pelan pelan nanti akan faham sendiri. đŸ™‚
Apa syarat untuk jadi ejen hartanah ?
Tidak ada sebarang syarat khusus jika anda berminat untuk melibatkan diri dalam dunia hartanah ni. Tidak perlu Degree, Diploma, cukup sekadar anda seorang yang boleh membaca, mengira dan boleh bercakap . Itu semua sudah memadai untuk anda layakkan diri di dalam hartanah.
Di dalam bidang ini , Siapa rajin , work hard, dia akan berjaya! Walaupun seseorang ejen itu ada degree or PhD sekalipun tetapi kalau malas bekerja …hah anda sambung la sendiri ayat seterusnya .
Pendek kata, bidang ini tak memerlukan akademik sebagai syarat utama, dah ramai dalam dunia hartanah ni saya melihat mereka yang tidak ada background akademik yang tinggi tapi sukses!
Boleh jadi ejen hartanah part-time ?
Anatara soalan popular , macam mana cara jadi ejen hartanah part-time ? Boleh ke ?
Semestinya boleh! Dalam dunia ejen hartanah, sememangnya full time adalah ideal bagi mereka yang nak fokus dalam kerjaya ini. Tapi, kita juga memahami bagi mereka yang baru nak berjinak dalam dunia hartanah ni keyakinan untuk mendapatkan income itu belum nampak dan nak lepaskan kerja sekarang agak sukar, dont worry anda boleh bermula dengan part-time.
Sebenarnya majoriti agensi hartanah tidak menerima part-time, kebanyakan mereka nakkan seorangyang fokus dan akan memberikan full commitment dalam urusan jual beli rumah . Ada pros and cons jika part-time sebagai ejen hartanah ni.
Pros :
- Ada gaji tetap
- Ramai kawan tempat kerja yang nak jual/beli rumah
Cons :
- Tidak ada masa untuk appointment di hari weekdays.
- Susah untuk hadir training dan meeting
Namun anda jangan risau, ada teknik dan caranya macam mana nak berjaya sebagai ejen hartanah part-time. Malah, mengikut pengalaman saya melihat rakan-rakan yang buat secara part-time, mereka perform dan boleh potong orang yang full time! serious talk ! So, no excuse kalau nak berjaya kan?
daftar ejen sini saya ajar macam mana nak jadi ejen hartanah part-time.
Macam mana nak mulakan kerjaya sebagai Ejen Hartanah ?
Soalan yang sering kami terima, Bagaimana cara jadi ejen hartanah ? Bagi melayakkan anda untuk mula menjual, anda hendaklah terlebih dahulu dapatkan REN ID (Real Estate Negotiator ID) dari LPPEH. In order untuk dapatkan nombor REN ID ini, anda mesti pergi ke Negotiator Certification Course (
Ada 2 cara untuk anda dapatkan REN ID dan NCC Cert.
Cara yang pertama ;
- Pergi ke NCC Course sendiri (yuran course around RM 600) kemudian anda akan dibekalkan sijil dihujung course nanti.
- Pergi ke mana-mana agensi hartanah untuk daftarkan diri menjadi REN ditempat mereka.
- Agensi tersebut akan uruskan pendaftaran anda di LPPEH untuk dapatkan REN ID.
Cara yang kedua ;
- Daftarkan diri anda ke mana-mana agensi hartanah.
- Pergi ke NCC Course (sesetengah agensi mereka uruskan pendaftaran NCC Course)
- Agensi akan uruskan pendaftaran di LPPEH untuk dapatkan REN ID.
Apa persedian yang perlu dibuat untuk jadi Ejen Hartanah ?
Mana-mana jenis kerjaya, persediaan untuk menceburi sesuatu bidang itu memerlukan persediaan yang rapi. Mana mungkin seorang askar yang ke medan perang tanpa membawa senjata kan ?
Saya bahagikan kepada dua jenis persediaan
- Persediaan Mental
- Persediaan Fizikal
Persedian Mental.
Apa tujuan anda nak jadi ejen hartanah ? ikut kawan ? keperluan ? nak kaya ? semua itu bergantung kepada justifikasi masing-masing. Setiap orang ada BIG WHY yang berbeza. WHY ini akan mempengaruhi anda sepanjang jatuh bangun anda didalam dunia ejen hartanah.
Ya, langit tidak selalunya cerah, bidang ini ada naik turunnya, jika WHY anda tidak kukuh, ruang untuk kecundang itu agak luas. Berapa ramai saya melihat ejen hartanah yang baru khususnya, mereka tidak ada persediaan mental dan apabila diuji dengan challenge liku-liku dalam bidang ini, mereka terlalu cepat give up dan surrender.
Mental dan mindset yang kuat dan mantap akan menentukan seseorang ejen hartanah itu mudah give up atau bangkit.
Anda jangan pula takut ya, bidang ini jika kita kekalkan momentom ,networking, motivation, active and prograssive, team work, semua ini akan menjadikan anda seorang ejen hartanah yang agresif dan tidak mudah menyerah. Anda akan nampak hasilnya di kemudian hari.
Persedian fizikal.
Dari segi fizikal, ejen hartanah perlu sentiasa bergerak dan aktif. Oleh yang demikian, Ejen hartanah rata-rata akan banyak habis masa di atas jalan raya. Jadi, Transport itu wajib ada.
Bajet untuk marketing. Yes tak dinafikan untuk urusan advertising memerlukan beberapa bajet allocation. Macam mana nak menjual jika takda bajet marketing kan ? Untuk permulaan beberapa ratus ringgit saja sudah memadai.
Apa kelebihan jadi ejen hartanah ?
Kelebihan seorang Ejen Hartanah especially yang Full time sangat la banyak. saya listkan beberapa yang penting sahaja.
1. Masa yang Fleksibel
Tidak ada lagi punch card masuk jam 8 pagi keluar jam 5 petang. Anda adalah bos. anda adalah CEO company bisnes anda sendiri. Andalah yang menentukan masa kerja dan masa berehat anda.
Bayangkan tiba-tiba ada emergency, tak perlu apply EL or cuti, anda boleh terus dahulukan urusan peribadi anda, especially urusan yang berkait dengan family. Terus terang, jadi Ejen Hartanah part yang paling istimewa adalah masa kita banyak boleh fokus dengan family!
2. Tidak ada had Pendapatan
Berbanding dengan gaji tetap, berapa banyak kerja yang anda buat gaji anda adalag fi, mungkin ada bonus yang akan diberikan jika ada. Dalam hartanah, andalah penentu berapa yang anda nak capai pada bulan ini ? RM 10k ? RM 15K ? RM 8K?
Boleh dapat ke 5 angka sebulan ?
Jawabnya YES boleh! Macam mana caranya itu teknikal anda akan ketahui bila anda berada didalam bidang ini kemudian. Angka-angka yang disebutkan tadi adalah rate normal income sebagai Ejen Hartanah
3. Bina kerjaya
Yes anda bukan sekadar boleh jadi Ejen Hartanah, malah anda berpeluang untuk menceburi kerjaya sebenar iaitu sebagai pemilik syarikat agensi harta tanah. Anda boleh bina kerjaya dari menjadi ejen hingga memiliki syarikat agensi hartanah! Mungkin selepas ni, anda tidak perlu lagi menjual rumah tapi ejen-ejen anda yang akan menjual untuk anda, awesome!
Apa risiko jadi ejen hartanah ?
Ini bukan bisnes MLM yang menjanjikan bulan dan bintang. Perniagaan ini ada pasang surutnya, jiwa sebagai Ejen Hartanah perlulah kental dalam menghadapi ujian dan rintangan. Risiko itu sentiasa ada, namun jika dihadamkan ilmu yang diturunkan, belajar dari yang berpengalaman, ikuti sesi training yang dianjurkan agensi, anda akan mudah untuk tangani risiko dengan tenang!
Berikut contoh risiko atau asam garam sebagai Ejen Hartanah :
1-Pembeli cancel appointment last minit
Dah sampai destinasi, kadang-kadang dari jauh . Setelah kita tiba dilokasi , pembeli maklumkan mereka tak jadi datang! Tenang…Ejen Hartanah kena cool dan senyum selalu. đŸ™‚
2-Pembeli datang tengok rumah sudah ramai tapi masih belum ada yang serius untuk membeli
Kadang-kadang lebih dari 10 pembeli sudah datang tengok rumah, duit minyak dah habis banyak lebih-lebih lagi jika destinasi rumah yang jauh.
3-Penjual taknak berunding harga sehingga pembeli membatalkan niat untuk membeli
Harga open RM 500k, pembeli berminat dan offer RM 480K , Penjual taknak turun langsung! akhir sekali pembeli cancel dan proceed dengan rumah yang lain.
4-Kos marketing telah keluar banyak tapi penjual tak jadi jual rumah / ejen lain sudah jualkan
Especially rumah yang hot, mungkin dan selalunya rumah tersebut akan lebih dari seorang Ejen Hartanah. Walaupun kita dah habis kos marketing berbulan lamanya untuk menjual rumah tu, akhirnya kita dimaklumkan bahawa rumah tersebut penjual telah membatalkan niat untuk menjual.
5-Penjual taknak sign SPA walaupun loan pembeli telah lulus
Loan pembeli dah approved dari bank, now ready untuk proceed SPA signing, suddenly penjual cancel the transaction! Kes ini bukan lagi pelik di dalam dunia hartanah.
Dan banyak lagi risiko-risiko dan rintangan yang lain tidak dapat untuk disenaraikan semua. Seperti mana bisnes lain yang terpaksa menghadapi rintangan, begitu juga dunia Ejen Hartanah terdapat cabaran yang tersendiri!
Persoalannya macam mana kita nak tangani ? bergantung kepada persedian mental, training, ilmu, belajar dari pengalaman,
Macam mana nak berjaya sebagai ejen hartanah ?
Dalam dunia hartanah, TIME is MONEY. Jika anda banyak menghabiskan masa didalam urusan kerja sebagai ejen hartanah seperti
- Datang training
- Datang meeting
- Sesi coaching bersama Manager
- Belajar dari senior
- Banyakkan appointment
- membaca
- Bertanya
Mereka yang consistent dengan aktiviti-aktiviti di atas, selalunya dia adalah seorang Ejen Hartana yang PERFORM!
Walaupun masa tidak terikat dan fleksibel, namun DISIPLIN dalam pengurusan masa itu PENTING! Hard work akan membezakan ejen hartanah yang AGRESIF VS Ejen Hartanah yang PASIF!
Kesimpulan
Jadi anda boleh lihat secara umum kaedah cara jadi Ejen Hartanah, Semoga artikel ini sedikit sebanyak memberikan gambaran yang jelas kepada mereka yang berhajat nak menceburi bidang hartanah.
Jika anda betul-betul nak ceburi bidang ini, samada Full-time atau Part-time, anda boleh proceed isi maklumat ringkas di bawah, Kita sedang buka pengambilan Ejen baru bagi mereka yang berminat. Training & Coaching PERCUMA, Full System and Admin Support!
Semoga anda sentiasa dimurahkan rezeki!