Loading...

Artikel Hartanah

beli rumah harga pasaran- ejen hartanah berdaftar

Penting Beli Rumah Dengan Kadar Harga Pasaran

Kenapa penting membeli rumah atau hartanah pada kadar harga pasaran ? 

Penting beli Rumah Pada Kadar ‘Harga Pasaran’.

Membeli rumah pada harga pasaran adalah menjadi keutamaan kepada bakal-bakal pembeli rumah atau hartanah.

Harga pasaran diterjemahkan kepada beberapa istilah dan kefahaman.

i) Harga pasaran bermaksud harga yang dinilai oleh penilai/Bank.
ii) Harga pasaran bermaksud harga yang telah berlaku transaksi.
iii) Harga pasaran bermaksud harga permintaan yang dijual oleh kebanyakan pemilik-pemilik rumah di satu-satu kawasan.

No. i dan ii punyai persamaan bermaksud, iaitu panel penilai yang dilantik oleh Bank akan menilai harga pasaran secara umumnya rujukan transaksi ataupun secara spesifiknya mengikut kadar ubah suai rumah (jika ada). Ianya penting kerana Bank hanya memberi pinjaman kepada pembeli pada hartanah yang mengikut harga pasaran atau beli di bawah harga pasaran, ‘Whichever is less’.

Adapun yang ke-iii, Jika terdapat kebanyakkan tuan rumah disatu-satu kawasan menjual pada harga tertentu, kemungkinan juga ianya bertentangan dengan kadar penilai walaupun jika rata-rata mejual dengan kadar sama.

contoh kes study : Perumahan di Paragon di Seri Kembangan. Rumah dua(2) tingkat bersaiz 1,170 kakipersegi, rata-rata anda akan temui di pasaran pada harga RM 700K. Adapun Nilaian Bank atau ‘Bank Value’ di kawasan tersebut adalah RM 550-600k.

Jadi, harga pasaran di sini mendefinisikan maksud yang berbeza.

Contoh membeli kadar harga pasaran.

Contoh 1: Rumah dua(2) tingkat di Puchong Prima dengan kadar harga pasaran RM 600K. Anda membeli juga dengan harga tersebut. Jika pinjaman anda lulus dan layak untuk memohon 90% pinjaman. maka bank akan menyalurkan RM 540K (90% daripada 600K). Adapun baki 10% iaitu RM 60K adalah pendahuluan dari pembeli sebagai wang deposit.

Contoh membeli kadar harga di luar harga pasaran.

Contoh 2: Rumah dua(2) tingkat di Puchong Prima dengan kadar harga pasaran RM 600K. Anda membeli dari seorang penjual dengan harga RM 650K. Rumah ini telah melebihi RM 50K dari harga pasaran. Jika anda membeli dengan harga tersebut. Jika Bank dan penilai masih menyatakan bahawa harga pasaran RM600K. Pinajaman anda hanya lulus untuk kadar RM 600K sahaja. Maka pinjaman anda menjadi 90% daripada RM 600K bersamaan RM 540K akan dibiayai dari Bank. 10% sepatut menjadi RM 60k sahaja yang perlu ditanggung, namun oleh kerana lebihan 50K dari harga pasaran, anda perlu tambah sendiri iaitu menjadi RM 110K! (RM 60K sebagai deposit 10% dan RM50K sebagai lebihan kerana melebihi dari harga yang dinilai.)

Bonus Membeli Rumah di Bawah Harga Pasaran

Pelabur hartanah amat gemar rumah di bawah harga pasaran. Siapa tidak gemar, ibarat membeli Kereta BMW dengan kadar harga Honda Civic. Untung tak ? semestinya.

Namun untuk mencari rumah di bawah harga pasaran amat terhad. Namun ianya mudah jika anda mencari rumah untuk dibeli melalui ejen hartanah, perunding hartanah ini akan mencari rumah di bawah harga pasaran untuk anda!

Ada juga pembeli menggunakan peluang keemasan ini untuk meringankan 10% deposit mereka. Bagi pelabur hartanah, this is right time to buy! Ada juga yang mendapat pulangan cash dengan pembelian hartanah seperti ini.

Kenali Harga Pasaran

Jika anda membeli rumah melalui perunding hartanah yang akan mencarikan rumah untuk anda. Mereka akan menasihati anda samada rumah ini di bawah harga pasaran, lebih atau kadar harga pasaran. Di sini penting peranan perunding hartanah agar hak anda untuk membeli kadar harga pasaran terbela. (Hubungi jika terdapatsebarang persoalan).

Bolehkah Saya Meneruskan Pembelian Dengan Rumah Lebih Harga Pasaran ?

Ya, Boleh. Anda boleh meneruskan pembelian jika anda ada lebihan atau ‘backup’ untuk tampung lebihan dari wang yang diluluskan oleh bank (Jika beli dengan pinjaman). Jika anda membeli dengan tunai, maka tiada lagi persoalan harga pasaran atau tidak kerana ianya tidak melibatkan penilai. Jika anda suka dan jatuh cinta dengan rumah tersebut, beli!

———————————————–

Jika anda ingin tahu berapa nilai harga pasaran rumah anda. Lihat semakan harga pasaran dengan PERCUMA! istimewa dari kakipersegi.

Dapatkan info hartanah percuma di facebook kakipersegi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *